Terengganu Di Hatiku

Friday, June 25, 2010

Indahnya Tasik Kenyir


Tasik Kenyir terkenal dengan keindahan alam semula jadi dengan pelbagai spesis hidupan air, flora dan fauna. Keindahan Tasik Kenyir memang tidak dapat dinafikan. Terdapat 340 buah pulau dan 14 kawasan air terjun di Tasik Kenyir.

Percaya atau tidak jika anda ke Tasik Kenyir, anda akan dapat melihat keindahan tasik dan hutan semulajadi yang menakjubkan. Keindahan dan pronorama ini tidak ada di tempat lain kecuali di Tasik Kenyir.

Tasik ini berkeluasan 38, 000 hektar. Di sini terdapat stesen hidroelektrik yang dibuka pada tahun 1985. Sebahagian bekalan elektrik yang terdapat di negara kita datangnya dari stesen ini.

Jika ada berkunjung ke sini pelbagai aktiviti boleh dilakukan, Antaranya aktiviti yang paling popular ialah memancing. Bagi kaki pancing di sinilah syurga bagi mereka, antara ikan yang terdapat di sini ialah kelah,toman dan baung. Selain aktiviti memancing aktiviti lain juga boleh dilakukan seperti perkhemahan,jungle treking dan sukan air.

Bagaimana hendak ke Tasik Kenyir? Anda boleh datang melalui pakej( klik sini) atau berkumpulan dengan menaiki kereta dari Kuala Terengganu. Melalui pakej lebih mudah kerana keperluan disediakan. Anda boleh mendapatkan penerangan di Pengkalan Gawai. Di sini terdapat tempat meletak kenderaan, chalet,resort dan perkhidmtan sewa bot.

Antara Resort di Tasik Kenyir

1. Tasik Kenyir Golf Resort
2. Duta Lake Resort
3. Remis Rakit
4. Kenyir Lake Resort
5. Kenyir Outdoor Lake Resort

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails