Terengganu Di Hatiku

Monday, July 5, 2010

Beli Belah di Pasar Payang



Pasar Tengah, atau yang biasa dikenali sebagai Pasar Payang oleh penduduk tempatan, ini terletak di Sungai Terengganu. Ini adalah salah satu tempat wisata paling popular di Kuala Terengganu. Harus-melawat tempat bagi mereka yang datang untuk melawat Kuala Terengganu. Pasar Payang mendapatkannya nama dari tradisional terkenal "Boat Payang" yang hanya boleh ditemui di Terengganu & pernah menjadi perahu yang paling popular digunakan oleh para nelayan tradisional.

Pelbagai barangan yang dijual di sini antaranya kain batik, sutera,songket serta produk segar yang tidak terdapat di tempat lain. Inilah perbezaan pasar-pasar lain dengan pasar payang. Harganya pula berpatutan dan pembeli boleh tawar -menawar.






Friday, June 25, 2010

Indahnya Tasik Kenyir


Tasik Kenyir terkenal dengan keindahan alam semula jadi dengan pelbagai spesis hidupan air, flora dan fauna. Keindahan Tasik Kenyir memang tidak dapat dinafikan. Terdapat 340 buah pulau dan 14 kawasan air terjun di Tasik Kenyir.

Percaya atau tidak jika anda ke Tasik Kenyir, anda akan dapat melihat keindahan tasik dan hutan semulajadi yang menakjubkan. Keindahan dan pronorama ini tidak ada di tempat lain kecuali di Tasik Kenyir.

Tasik ini berkeluasan 38, 000 hektar. Di sini terdapat stesen hidroelektrik yang dibuka pada tahun 1985. Sebahagian bekalan elektrik yang terdapat di negara kita datangnya dari stesen ini.

Jika ada berkunjung ke sini pelbagai aktiviti boleh dilakukan, Antaranya aktiviti yang paling popular ialah memancing. Bagi kaki pancing di sinilah syurga bagi mereka, antara ikan yang terdapat di sini ialah kelah,toman dan baung. Selain aktiviti memancing aktiviti lain juga boleh dilakukan seperti perkhemahan,jungle treking dan sukan air.

Bagaimana hendak ke Tasik Kenyir? Anda boleh datang melalui pakej( klik sini) atau berkumpulan dengan menaiki kereta dari Kuala Terengganu. Melalui pakej lebih mudah kerana keperluan disediakan. Anda boleh mendapatkan penerangan di Pengkalan Gawai. Di sini terdapat tempat meletak kenderaan, chalet,resort dan perkhidmtan sewa bot.

Antara Resort di Tasik Kenyir

1. Tasik Kenyir Golf Resort
2. Duta Lake Resort
3. Remis Rakit
4. Kenyir Lake Resort
5. Kenyir Outdoor Lake Resort

Thursday, June 24, 2010

Jom la Mari Ganu


Antara pantai-pantai yang terdapat di Negeri Terengganu ialah Pantai Batu buruk, Pantai Air Tawar, Pantai Batu Pelanduk,Pantai Merang, Rantau abang dan Tanjung Jara. Selain pantai Terengganu juga mempunyai pulau-pulau yang indah, sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong dan pencinta alam semula jadi yang ingin bersantai dan melarikan diri dari kesibukan kota. Pulau-pulau yang terdapat di Terengganu ialah Pulau Redang, Pulau Duyung, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Lang Tengah.

Se
lain itu terdapat bangunan yang menarik untuk dikunjungi. Istana Maziah yang terletak berhampiran kali Bukit Puteri. Istana ini menghadap Laut China Selatan. ia di bina bagi menggantikan Istana Hijau yang terbakar sekitar tahun 1870. Selain istana pengunjung juga boleh berkunjung Masjid Tengku Tengah Zaharah. Ia terletak di atas air di Kuala Ibai. Masjid ini kelihatan terampung dan merupakan antara masjid yang tercantik di Malaysia. Masjid ini dibina pada tahun 1991 dan siap 1994.
Related Posts with Thumbnails