Terengganu Di Hatiku

Friday, June 25, 2010

Indahnya Tasik Kenyir


Tasik Kenyir terkenal dengan keindahan alam semula jadi dengan pelbagai spesis hidupan air, flora dan fauna. Keindahan Tasik Kenyir memang tidak dapat dinafikan. Terdapat 340 buah pulau dan 14 kawasan air terjun di Tasik Kenyir.

Percaya atau tidak jika anda ke Tasik Kenyir, anda akan dapat melihat keindahan tasik dan hutan semulajadi yang menakjubkan. Keindahan dan pronorama ini tidak ada di tempat lain kecuali di Tasik Kenyir.

Tasik ini berkeluasan 38, 000 hektar. Di sini terdapat stesen hidroelektrik yang dibuka pada tahun 1985. Sebahagian bekalan elektrik yang terdapat di negara kita datangnya dari stesen ini.

Jika ada berkunjung ke sini pelbagai aktiviti boleh dilakukan, Antaranya aktiviti yang paling popular ialah memancing. Bagi kaki pancing di sinilah syurga bagi mereka, antara ikan yang terdapat di sini ialah kelah,toman dan baung. Selain aktiviti memancing aktiviti lain juga boleh dilakukan seperti perkhemahan,jungle treking dan sukan air.

Bagaimana hendak ke Tasik Kenyir? Anda boleh datang melalui pakej( klik sini) atau berkumpulan dengan menaiki kereta dari Kuala Terengganu. Melalui pakej lebih mudah kerana keperluan disediakan. Anda boleh mendapatkan penerangan di Pengkalan Gawai. Di sini terdapat tempat meletak kenderaan, chalet,resort dan perkhidmtan sewa bot.

Antara Resort di Tasik Kenyir

1. Tasik Kenyir Golf Resort
2. Duta Lake Resort
3. Remis Rakit
4. Kenyir Lake Resort
5. Kenyir Outdoor Lake Resort

Thursday, June 24, 2010

Jom la Mari Ganu


Antara pantai-pantai yang terdapat di Negeri Terengganu ialah Pantai Batu buruk, Pantai Air Tawar, Pantai Batu Pelanduk,Pantai Merang, Rantau abang dan Tanjung Jara. Selain pantai Terengganu juga mempunyai pulau-pulau yang indah, sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong dan pencinta alam semula jadi yang ingin bersantai dan melarikan diri dari kesibukan kota. Pulau-pulau yang terdapat di Terengganu ialah Pulau Redang, Pulau Duyung, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Lang Tengah.

Se
lain itu terdapat bangunan yang menarik untuk dikunjungi. Istana Maziah yang terletak berhampiran kali Bukit Puteri. Istana ini menghadap Laut China Selatan. ia di bina bagi menggantikan Istana Hijau yang terbakar sekitar tahun 1870. Selain istana pengunjung juga boleh berkunjung Masjid Tengku Tengah Zaharah. Ia terletak di atas air di Kuala Ibai. Masjid ini kelihatan terampung dan merupakan antara masjid yang tercantik di Malaysia. Masjid ini dibina pada tahun 1991 dan siap 1994.

Wednesday, June 23, 2010

Tahniah Pasukan SUKMA Terengganu

Slogan `Terengganu Nelang’ ternyata berjaya membawa atlit Terengganu ke puncak kejayaan dengan memungut 47 pingat emas mengatasi Selangor di tangga kedua dengan kelebihan empat pingat emas dan berkongsi 43 pingat emas dengan Wilayah Persekutuan (tangga ketiga).


Kontinjen Terengganu meraih 30 perak dan 43 gangsa menjadikan 120 pingat keseluruhan mencuri tumpuan ramai pada hari-hari terakhir temasya apabila melonjak naik mengatasi kontinjen yang lebih awal mendominasi tangga teratas carta kedudukan pingat terutama Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor.

Ganu memang hebat..........

Daerah-daerah di Terengganu



Setiap negeri di Malaysia mempunyai beberapa daerah, begitu juga dengan negeri Terengganu. Daerah diwujudkan adalah untuk memudahkan urusan pentadbiran. Daerah ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah. Terengganu mempunyai 7 daerah.

Setiap daerah di Terengganu mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati

- Kuala terengganu
- Besut
- Marang
- Hulu Terengganu
- Setiu
-Kemaman
- Dungun

Ibu negeri bagi Terengganu ialah Kuala Terengganu. Keluasan negeri teregganu ilah 12 955 KM persegi. Bahasa rasmi ialah Bahasa melayu tetapi Terengganu seperti juga negeri-negeri lain mempunyai dialeknya sendiri.

Thursday, June 17, 2010

Kenali Terengganu


Terengganu sebuah negeri yang terletak di Pantai timur, merupakan negeri yang kaya dengan keindahan alam semula jadi. Negeri Terengganu terdiri daripada beberapa daerah iaitu Besut, dungun,Kemaman, Kuala terengganu, Marang,Setiu dan hulu Terengganu.Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandar Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai, Kuala Besut, Rantau Abang dan Kuala Dungun

Negeri terengganu berjiran dengan Kelantan di bahagian Utara dan barat lautnya manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.

Tempat-tempat menarikyang boleh dikunjungi jika anda ke Terengganu ialah Pulau Kapas,Pulau Redang, Pulau Perhentian,Rantau Abang (Pulai & Pantai) Bukit Kapal,Bukit Patang,Gunung Tebu, Gunung Lawit, Gunung Gajah Terom ( Bukit & gunung) Air Terjun Sekayu, Taman Tamadun Islam dan Tasik Kenyir.

Jadi jika anda ke Terengganu jangan lupa melawat tempat berikut.

Wednesday, June 16, 2010

Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010

KUALA TERENGGANU, 1 April - Sikap tunggu dan lihat yang diamalkan syarikat swasta dan agensi pelancongan tempatan sebelum melaksanakan pelbagai projek di bidang pelancongan, amat merugikan kerana sektor berkenaan kini berkembang dengan pesat.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata pihak berkenaan perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam sektor pelancongan kerana sokongan pelbagai pihak, terutama pihak swasta diperlukan bagi membangunkan sektor tersebut.

“Di Terengganu, walaupun negeri ini kaya dengan aset pelancongan di setiap daerah, namun penglibatan pihak swasta masih rendah,” katanya dalam ucapan perasmian Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu, di Dewan Gamelan, Primula Beach Resort, petang ini.

Teks ucapan tersebut dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman.

Menteri Besar berkata, usaha Unit Komunikasi Negeri (UKOM) mengadakan pertandingan blog berkaitan pelancongan amat dibanggakan kerana sebagai agensi yang ditugaskan untuk menyebarkan maklumat mengenai Terengganu, usaha itu akan mencapai matlamat yang diharapkan.

“Usaha yang saya anggap sebagai serampang dua mata ini penting kerana, selain dari satu pertandingan yang akan menggalakkan orang-ramai menceritakan pengalaman mereka melawat Terengganu menggunakan media baru, tulisan atau berita yang disiar di dalam blog akan membantu mempromosi Terengganu sebagai satu destinasi yang hebat dan menarik di seluruh dunia melalui jaringan Internet.

“Saya difahamkan, semasa blog utama pertandingan ini masih dalam pembinaan (under construction), webmaster yang terdiri dari petugas UKOM telah mendapati terdapat pengunjung dari luar negara seperti dari Amerika dan Australia melihat gambar-gambar menarik yang telah dimuat turun,” katanya.

Dato’ Ahmad berkata, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa dunia ingin mengetahui tentang Terengganu, tarikan alam semulajadinya dan pelbagai perkara yang terdapat di negeri ini.

Katanya, dengan adanya nota-nota pengalaman yang diterjemahkan dalam blog yang juga memaparkan gambar-gambar yang menarik serta kemudahan yang ada, pelancong boleh membuat perbandingan sama ada ia berbaloi untuk bercuti di Terengganu.

“Saya pasti, di kalangan 10 billion pelayar Internet di seluruh dunia, sudah tentu ada di kalangan mereka yang ketika ini sedang melayari website atau blog yang menyentuh tentang Terengganu dan saya juga pasti sudah ada yang membuat tempahan bilik untuk menginap sehari-dua di Terengganu,” ujar beliau.

Katanya, tahun lalu Terengganu menerima 3.2 juta pelancong manakala tahun ini kerajaan negeri mensasarkan 3.5 juta pelancong.

Beliau berkata, dalam usha memajukan sektor pelancongan di Terengganu, kerajaan negeri merupakan pelabur terbesar yang bertanggungjawab menggerakkan sektor berkenaan dan sebahagian besar hasilnya akan dinikmati oleh rakyat.

“Memandangkan potensi sektor pelancongan dalam menjana ekonomi, Kerajaan Negeri membelanjakan sebahagian besar bajet tahunan untuk menyediakan prasarana untuk menarik lebih ramai pengunjung,” tambahnya.

Menteri Besar yakin dengan kesediaan kerajaan menerajui pembangunan sektor pelancongan di Terengganu dengan membangunkan tarikan-tarikan baru, jumlah pelancong akan terus meningkat.

Antara tarikan-tarikan baru yang bakal menjadi tumpuan pelancong ialah “Kenyir Island Hopping”, Santuari Kelah, Santuari Gajah, Pusat Tekstil, Taman Negara berhampiran Gua Bewah di mana telah dijumpai artifak, iaitu rangka manusia tertua di Malaysia berusia 16,000 tahun.

“Industri-industri kecil yang sedia ada seperti tenunan songket dan batik serta kraftangan berasaskan tembaga dan ukiran tradisional kayu, akan terus menjadi tarikan,” ujarnya.
Related Posts with Thumbnails